Pages

Blog Archive

Ahad, 1 Mac 2009

sambungan...

MENGHAFAL seberapa banyak daripada ayat al-Quran sebagaimana perlunya mengerjakan solat adalah menjadi kewajipan setiap orang-orang Islam, sedangkan menghafal keseluruhan ayat al-Quran adalah fardhu kifayah, iaitu satu amalan yang diwajibkan ke atas semua tetapi memadai jika dapat dikerjakan oleh sebahagian kecilnya sahaja. Jikalau tidak ada seorang pun hafiz (semoga Allah mengampuni), semua orang-orang Islam bertanggungjawab terhadap dosa ini.
Mulla Ali Qari rahmatullah alaih selanjutnya meriwayatkan daripada Zamakhsari bahawa jikalau di dalam sesuatu bandar atau kampung, tidak ada orang membaca al-Quran, semua orang-orang di tempat itu berdosa. Di dalam zaman kegelapan dan kejahilan ini, bila mana orang-orang Islam telah dipesongkan oleh pelbagai aspek Islam, adalah pada umumnya dianggap tidak berfaedah dan bodoh untuk menghafal al-Quran dan dikatakan sebagai merugikan masa dan tenaga untuk mengulangi perkataan-perkataannya tanpa mengetahui maksudnya. Jikalaulah ini cuma perkara yang menyebabkan terpesongnya keimanan kita, sesuatu yang mendalam patutlah ditulis mengenainya .

Tiada ulasan:

Leave some comments...:)


ShoutMix chat widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

around the world who have seen...