Pages

Blog Archive

Sabtu, 29 Disember 2007

Benazir Bhutto meninggal dunia


UCAPAN TERAKHIR: Benazir berucap pada rapat umum menjelang pilihan raya Pakistan di Rawalpindi, 27 Disember 2007. Beliau ditembak ketika memasuki kenderaan.
Bekas Perdana Menteri (PM) Pakistan,Benazir Bhutto mati ditembak di bahagian leher serta dadanya
20 lagi maut selepas penyerang bunuh diri letup bom pada rapat umum
RAWALPINDI: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, terbunuh selepas terkena tembakan dan serpihan bom dalam serangan bunuh diri ketika mengakhiri kempen pilihan raya untuk Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinannya di sini, semalam. Benazir, 54, yang pulang ke Pakistan Oktober lalu selepas lapan tahun hidup dalam buangan, meninggal dunia di Hospital Besar Rawalpindi akibat cedera parah dalam serangan yang turut mengorbankan 20 yang lain.
Seorang anggota delegasi PPP, Wasif Ali Khan, mengesahkan Benazir meninggal di hospital itu pada jam 6.16 petang (9.16 malam waktu Malaysia). Peguam Benazir, Sentor Babar Awan, pula berkata: "Doktor bedah mengesahkan kematiannya." Dalam kejadian itu, seorang lelaki dikatakan mendekati beberapa pemimpin PPP termasuk Benazir dan melepaskan beberapa tembakan sebelum meletupkan bom.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Javed Cheema, berkata Benazir mungkin terkena serpihan letupan bom yang dipasang pada jaket penyerang terbabit. Bagaimanapun, penasihat keselamatan PPP, Rehman Malik, berkata Benazir ditembak di leher dan dada ketika memasuki kenderaannya sebelum penyerang meletupkan bom. Stesen televisyen Ary-One pula melaporkan pemimpin pembangkang itu terkena tembakan di kepala. "Penyerang melepaskan tembakan ke arah kenderaan Benazir yang menundukkan kepala sebelum meletupkan bom," kata seorang anggota polis, Mohammad Shahid.
Berikutan kejadian itu, penyokong Benazir menyalahkan Presiden Pervez Musharraf dengan menjerit 'Musharraf anjing,' 'Musharraf pembunuh', dan ada yang memecahkan pintu kaca di laluan utama unit kecemasan hospital berkenaan, manakala yang lain menitiskan air mata. Benazir sebelum ini terselamat dalam cubaan membunuhnya pada 19 Oktober lalu di Karachi ketika pulang daripada buangan dalam kejadian yang membunuh hampir 150 orang. Militan dipersalahkan atas serangan itu, tetapi Benazir menegaskan keazamannya meneruskan kempen demokrasi sekalipun menghadapi ancaman. Bapa Benazir, Zulfikar Ali Bhutto, adalah Perdana Menteri pertama Pakistan yang dipilih menerusi pilihan raya. Beliau dihukum bunuh selepas digulingkan tentera pada 1979. Benazir yang memenangi pilihan raya 1988 pada usia 35 tahun, menjadi pemimpin wanita dunia Islam pertama. Beliau digulingkan pada 1990 dan terpilih semula sebagai pemimpin pada 1993 sebelum digulingkan sekali lagi pada 1996 atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Keluarga Benazir juga tidak sunyi daripada kontroversi dan keganasan. Dua abangnya mati dalam keadaan yang tidak diketahui puncanya, manakala beliau mendakwa pembunuh al-Qaeda cuba membunuhnya beberapa kali pada 1990-an. Laporan perisikan turut menyatakan pergerakan al-Qaeda, Taliban dan kumpulan militan tempatan sudah mengarah pembunuhannya. Sementara itu, seorang lagi pemimpin pembangkang, Nawaz Sharif kehilangan empat penyokongnya apabila sekumpulan aktivis Parti Liga Muslim Pakistan-N (PML-N) ditembak. " Penyerang dikatakan melepaskan tembakan dari sebuah pejabat parti Liga Muslim Pakistan-Q (PML-Q) yang menyokong Musharraf," kata polis. Nawaz tidak berada di situ dan dalam perjalanan ke Rawalpindi selepas menghadiri kempen menjelang pilihan raya 8 Januari depan. Nawaz digulingkan Musharraf dalam rampasan kuasa 1999 dan hanya dibenarkan pulang bulan lalu selepas tujuh tahun dalam buangan. "Seseorang dari dalam pejabat itu melepaskan tembakan. Tetapi, saya tidak boleh tuduh mereka adalah anggota parti berkenaan," kata pegawai kanan polis, Shahid Nadeem Baloch. – Agensi sumber:Berita Harian Online
Komen aku pulak:>>> Ramai yang mengutuk pembunuhan itu t'masuk aku.Pembunuhan berani mati itu telah mengorbankan banyak nyawa insan yang tidak b'dosa.Apa2 pun,kita ucap takziah kepada keluarga beliau dan sedekahkan Al - Fatihah kepada Allaharyamah Benazir Bhutto. AL - FATIHAH.....

Tiada ulasan:

Leave some comments...:)


ShoutMix chat widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

around the world who have seen...